Monday 8 May 2017

~mOveOn~



~DIA YANG PERNAH HADIR BERSAMA JANJI
KULEPASKAN SEIKHLAS HATI
DIA YANG TELAH HADIR BERSAMA LAFAZ IJAB PENUH BEERTI
KUTERIMA SEPENUH HATI~


Yeayyyyyy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
setelah bertahun2
dan......
arini bln ke5
akhirnya.....
iols dah bleh dgq lagu ni berkali2
dah xdak rs ap dah bila dgq lagu
bleh karOkS ulang2 byk kali
shukenyaaaaa shayaaaaaa........



notakakitangan:cikyatfeelingbetter::)

Sunday 31 July 2016

tanpa tajuk (Episod : idea tiba2)

+drive carefully hana...
-eleh...org dah nak smpai baru nak psn drive crfully...xde maknanya pon...
+ada makna la...sbb tu org psn dkt2 dh nak smpai
-ye la tu...
+sunggh...kalo org pesn awl2 nnt adala orng tu senyum je spnjg jalan...pastu berangan2 sweet..spnjg jln xdenye nak drive crfully...dah asyik brngan...kan sush tu
-kalo cmtu baik xyah psn...org pon xyah berangan..
+nt dia ckp org xsweet plk..x care psl dia
-org xkisah la
+ye la..dah2..cpt grk..nnt lmbt smpainya...

Msjnya yang terakhir ak biar xberbls.....membuang pandang ke cermin belakang. bersedia untuk meneruskan perjlnn. masih ad 3 jam untuk smpai ke dstinasi. rasa kantuk pon dah hilang. ak senyum. teringat msj td. ya, ak mmg kuat berangan. dia pon tau itu. berangan memang hobi ak..percuma la katakan.

Thursday 28 July 2016

MEREKA DAN saya

salam alaik..

lama sungguh saya tak menulis di sini.
rasanya sudah setahun lebih dan kemahiran menulis saya pun dah hilang.
hampir-hampir jugak saya terlupa password untuk login ke sini.
tapi..hari ini saya tersentuh hati. terus saja terdetik untuk menulis.

kisahnya berlaku sekitar jam 10.25 pagi tadi.10 minit sbelum loceng tamat waktu rehat berdering.
saya menapak ke surau yang berada di aras 3 bangunan sekolah. lebih awal kerana dua waktu pdp selps rehat akan sy jalankan di surau. setibanya saya di surau, mata saya disapa gelagat 7 orang pelajar lelaki tahun5. ya...saya tak nafikan pelajar-pelajar tahun5 2016 merupakan pelajar yang paling banyak halnya. selalu ada saja kerenah mereka yang menguji kesabaran saya. namun...apa yang berlaku sebntar tadi memang betul2 buat saya rasa mau tersenyum sampai langit.

sampai di surau saya nampak kasut-kasut mereka sedang elok tersusun. saya jenguk ke dalam. 7 orang pelajar tadi sedang bersolat. sungguh, saya tidak tau solat apa yang sedang mereka dirikan. saya menunggu di luar tidak mahu mengganggu solat mereka. saya yakin mereka juga tidak sedar kehadiran saya di surau. selesai mereka memberi salam, berdoa dan bersalaman sesama mereka saya memanggil seorang pelajar yang paling ligat dalam kelas.

saya : kamu solat apa tadi??? subuh ya???? (saya serkap jarang)
dia: xla ustzah. kami solat dhuha. smlm kan ustzh ad cerita psl klbihn solat dhuha.
saya: kamu solat sorang2 atau solat berjemaah??
dia: ustzh, kami nak 27 drjt mcm yang ustzh cerita tu.
saya : (senyum dan meminta mereka bergegs ke kels mmndangkan loceng akn berbunyi skejp lg)

ya....smlm hari rabu. saya mmg ad mengajar mereka tentang solat berjemaah (mengikut silibus). di samping tu, ad jugak sy selitkan solat2 sunat yg afdal didirikan secara berjemaah. sy jugak ad menyntuh ttg klbihn solat sunat dhuha. waktu2 yang sesuai utk bersolat dhuha dan tatacara untuk solat dhuha. (mmg di luar silibus ttapi sy ttp kongsi dengan mereka). tp sy sgt2 tak sangka, sentuhan sy yang sedikit itu mmberi impk kepada mereka. (senyum)

1.35 petang..selesai waktu tasmik tahun 4. sekali lagi sy ke surau utk meletakkan Al-Quran. sekali lagi sy bertemu dengan 7 orang pelajar lelaki td bersama-sama 5 orang lagi sahabat mereka. sedang bersiap untk solat zuhur berjemaah. saya jenguk ke depan. manatau kot2 ada ustz di situ. tapi, tidak plk sy nmpk ustz sbaliknya hanya mereka sahaja yang ada.

saya : kamu nak solat zuhur ka??
dia 1 : ya ustzh. solat siap2. balik rumah senang.
dia 2 : kami nak dpt pahala byk ustzh. kat sekolah bleh jemaah.
saya : ok..

saya berlalu. smbil membuat kesimpuln mudah di dalam kepala. ya...mereka kelas yang memang terknl dengan kelincahan dan keagresifan. selalu buat saya pening, geram nak meluap2. tapi hari ni saya nampak sesuatu yang saya kira amat menyenangkan. kalo berdasarkan tahap penguasaan kssr, saya boleh memberikan mereka band 6 atau band 5. saya berdoa semoga apa yang saya lihat hari ini berterusan untuk hari-hari seterusnya.

sungguh...saya memang mahu senyum sampai langit. rs bahagia kerana mereka pandai membuat pilihan sendiri. rasa sayu kerana mereka fhm apa yang sy cuba smpaikan. rs terharu kerana mereka tahu apa yang sy harapkan....

ya...saya hanya guru biasa. mengajar dan mendidik sedaya saya. ilmu saya yang setitis air di lautan inilah yang saya kongsi dengan anak-anak murid saya. lantas, apa-apa yang mereka lakukan yang nampak menyenangkan mata dan hati saya, saya amat bersyukur. saya mau mereka jadi lebih hebat dari saya.

ya...saya hanya guru biasa. yang hanya mampu berdoa untuk mereka. seiring ajaran dan didikan saya. semoga saya tidaklah berpaling dari niat saya. semoga saya tetap terus berdiri dalam arena ini.

Amin.






Thursday 20 August 2015

mari mengarut 3



RINDU ITU 
IBARAT GULA
YANG LARUT DALAM AIR
TAK NAMPAK DEK MATA
NAMUN 
MANISNYA RASA MENYESAK DADA



Friday 24 July 2015

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

dh setahun lebih rsnya aku xupdate blog ni...bukn sbb kekakngan waktu mahupun xdak cerita tp sbliknya aku xtau nak tulis ap...byk cerita yg ak nak kongsi ak dh kongsi ngan hosmet ak...so...xbyk la cerita nak ditulis..

TAPI..
aku nak mulakan tulisan ak arini dengan Bacaan Al-Fatihah khusus buat Allahyarhamah
arini ak nak tulis sesuatu...psl seseorang yang sgt aku hormati..seseorng yang telah ak anggap mcm mak aku sndiri...beliau ialah..HAJAH PUTEH BT AHMAD.. kakak kedua kpd mak ak..seseorang yang ak panggil Mak Ndak..

Beliau seorg yang x penah berkira psl mkn minum kmi adik beradik...yg x penah rs kekok utk menyayangi n menjaga kami, yang sdia menegur slh n silap kami, yg menunjuk ajr kami mcm anak-anknya sndiri...

Arini 24 Julai 2015...makndak dah kembali kepada Yang Maha Pencipta...semoga roh mak ndak tenang di sana..kami anak2 sntiasa mendoakan mak ndak..

Terima Kasih Mak Ndak atas suma yg mak ndak lakukan dalm membsrkan kami semua...kami semua terasa dengan pemergian makndak..smoga makndak tenang...

AL-FATIHAH khusus untuk MAKNDAK...

notakaki: xleh nak tulih byk2 sbb ayaq mata meleleh2...


Thursday 17 July 2014

tanpa tajuk E1




29 Disember...dia memilih untuk memungkiri janjinya sendiri. Kisah cinta kami adalah kisah cinta aturan dia. bila dia menghulurkan salam perkenalan ak terima tanpa sebarang rasa, ketika dia mengirim salam cinta aku tetap terima tanpa sebarang bicara. dan bila dia melafaz salam perpisahan aku tetap mahu terima walau hati aku bersalut duka. kalau orang lain mungki menangis meraung-raung tapi aku hanya diam seribu bahasa. otakku gagal berfungsi mengarahkan anggota badanku yang lain melakukan tindakbalas. kad merah hati masih ku tenung. tepat seperti jangkaanku, gadis bernama artis itu tetap mengungguli carta hatinya. setelah bertahun aku kunci serapat-rapatnya hati aku untuk orang lain, akhirnya kad yang dikirim oleh ayahnya kepada keluargaku telah menghancurkan hatiku sehancur-hancurnya. sehingga "mangga" yang ku guna untuk mengunci hati ini tidak perlu dibuka lagi.

Majlis yang bakal berlangsung beberapa bulan lagi, kutandakan dalam kalendar. niat di hati memang aku mahu pergi. memenuhi jemputan walimahnya. membuktikan padanya yang sedikit pun aku tidak kecewa. bukan ego! tapi itulah aku. apabila aku terlalu sedih aku akan pura-pura tidak sedih. apabila aku terlalu sakit, aku mahu buktikan yang aku tidak sakit dan apabila aku kecewa aku mahu buktikan yang aku tidak kecewa.


Wednesday 9 July 2014

SETELAH SEKIAN LAMA

SALAM...

haaacchhuuummm...uhuk3...hamboi berhabok sungguh bog ni ha..al-maklumlah, tuan rumah dok kalot sket lepaih2 kena pindah ke perak ni...jd nya x sempat la aku nak menghapdet blog ni ha. ak pon biaq la bersawang-sawang.

hokeyh...sebelum meneruskan bebelan aku, ak nak ucapkan SALAM RAMADHAN kepada suma umat2 Islam di seluruh dunia. actually Ramadhan dah pon masok fasa yang kedua. bulan dah nak kembali terang dh. sat ja rs masa berlalu. dan diam x diam rupanya dah 3 miggu hampir sebulan dh ak kat perak....setelh beberapa halagan,dugaan, cubaan n macham2 lg yg telah ak tempuh dengan segala Izin dariNya, Alhamdulillah aku sudh kembali bersdia utk berkhidmat sbg chekgu.

ok, lets talk about my new school(tb2 jd teringin nak sepekin london). sekolah baru ak namanya SK KOTA SETIA. ms mula cek pnmptn ak pon tepikiaq jgk sekolah ni kat mn. KOTA SETIA, langsung ak xtau la sekolah ni kat mn. makanya dengn penuu bersungguh2 ak pon menggugel la. pas gugel ak jumpa la SK KOTA Setia. jd, pada ari ahad sblum bkk sekolah ak pon kunun nak la reiki jln ke sana. berdasarkan gugel map ak pon ikut ja map 2. tupp2..ak map tersbut mmbwa ak ke sk seri setia dngn pnuh rs letih ak pon bertekd la utk merempuh ja pada 16 jun nt.

sesampainya ak ke PPD dan amek memo penemptn sumanya, ustz AZizi (pen. pengarah jQAF PPD) tya ak satu soalan yg menggerunkan:

ust.azizi : ustzh brni ka nak ke kota setia 2 sorg2
aku : erk???? napa ustz??
ust.azizi : sek 2 dlm sket...byk pusing2..sy tkut ustzh xjmpa ja.
aku: jauh ka ust dngn PPD??
ust.azizi : jauh jgk...tp xleh buat jamak lg la..
aku : dua jam ad ustz??? (dlm ati biaq betoi jauh...)
ust.azizi : xda la 2 jam..45 minit mugkin la...
aku : oowh...insya allah ust sy cari.
ust.azizi : nah, ni pelan nak p sna. kalo xjmpk telepon sy.

ak dah ketaq la jgk...dok byg pelik2 dh..kat mn la ust ni p ltk ak. cari punya cari rupa2nya xdala dlm sgt pon KOTA SETIA ni. ak bleh la p lg. dalm pukui 1 lebih ust azizi tipon ak tya jmpk ka x. Alhamdulillah, ak bersyukur dpt pegawai PPD yang prihatin mcm 2. SYUKRAN ya USTAZ...

okeyh...sk kota setia lebih kurang dlm 60 lebih kilometer nak ke PPD. dlm 40 lebih km meter kot nak ke manjung, dlm 20 lebih km ke teluk intan. ak berulang dr teluk intan. 20-30 minit ke sekola dr umah. baru ja masok umah awal julai 2014. bergelandangan selama 2 minggu sblm mendpt umah sewa...Alhamdulillah, semua ni memberi ak pengajaran dan pengalaman. bak kata pepatah...jauh perjalanan luas pengalaman. berkat kegegehan ak meronda, maka smpai la jgk ak ke JPN IPOH pada hari ke 3 ak di PERAK tnpa menggunakan hiway...:)

SK KOTA SETIA, disbbkan ak pon msih baru, maka ak pon xtau la sgt pasl sekolah ni. tp kalo nak lebih tau jom godek2 blog SK KOTA SETIA...

SEKIAN,

wassalam:)