Sunday 31 July 2016

tanpa tajuk (Episod : idea tiba2)

+drive carefully hana...
-eleh...org dah nak smpai baru nak psn drive crfully...xde maknanya pon...
+ada makna la...sbb tu org psn dkt2 dh nak smpai
-ye la tu...
+sunggh...kalo org pesn awl2 nnt adala orng tu senyum je spnjg jalan...pastu berangan2 sweet..spnjg jln xdenye nak drive crfully...dah asyik brngan...kan sush tu
-kalo cmtu baik xyah psn...org pon xyah berangan..
+nt dia ckp org xsweet plk..x care psl dia
-org xkisah la
+ye la..dah2..cpt grk..nnt lmbt smpainya...

Msjnya yang terakhir ak biar xberbls.....membuang pandang ke cermin belakang. bersedia untuk meneruskan perjlnn. masih ad 3 jam untuk smpai ke dstinasi. rasa kantuk pon dah hilang. ak senyum. teringat msj td. ya, ak mmg kuat berangan. dia pon tau itu. berangan memang hobi ak..percuma la katakan.

Thursday 28 July 2016

MEREKA DAN saya

salam alaik..

lama sungguh saya tak menulis di sini.
rasanya sudah setahun lebih dan kemahiran menulis saya pun dah hilang.
hampir-hampir jugak saya terlupa password untuk login ke sini.
tapi..hari ini saya tersentuh hati. terus saja terdetik untuk menulis.

kisahnya berlaku sekitar jam 10.25 pagi tadi.10 minit sbelum loceng tamat waktu rehat berdering.
saya menapak ke surau yang berada di aras 3 bangunan sekolah. lebih awal kerana dua waktu pdp selps rehat akan sy jalankan di surau. setibanya saya di surau, mata saya disapa gelagat 7 orang pelajar lelaki tahun5. ya...saya tak nafikan pelajar-pelajar tahun5 2016 merupakan pelajar yang paling banyak halnya. selalu ada saja kerenah mereka yang menguji kesabaran saya. namun...apa yang berlaku sebntar tadi memang betul2 buat saya rasa mau tersenyum sampai langit.

sampai di surau saya nampak kasut-kasut mereka sedang elok tersusun. saya jenguk ke dalam. 7 orang pelajar tadi sedang bersolat. sungguh, saya tidak tau solat apa yang sedang mereka dirikan. saya menunggu di luar tidak mahu mengganggu solat mereka. saya yakin mereka juga tidak sedar kehadiran saya di surau. selesai mereka memberi salam, berdoa dan bersalaman sesama mereka saya memanggil seorang pelajar yang paling ligat dalam kelas.

saya : kamu solat apa tadi??? subuh ya???? (saya serkap jarang)
dia: xla ustzah. kami solat dhuha. smlm kan ustzh ad cerita psl klbihn solat dhuha.
saya: kamu solat sorang2 atau solat berjemaah??
dia: ustzh, kami nak 27 drjt mcm yang ustzh cerita tu.
saya : (senyum dan meminta mereka bergegs ke kels mmndangkan loceng akn berbunyi skejp lg)

ya....smlm hari rabu. saya mmg ad mengajar mereka tentang solat berjemaah (mengikut silibus). di samping tu, ad jugak sy selitkan solat2 sunat yg afdal didirikan secara berjemaah. sy jugak ad menyntuh ttg klbihn solat sunat dhuha. waktu2 yang sesuai utk bersolat dhuha dan tatacara untuk solat dhuha. (mmg di luar silibus ttapi sy ttp kongsi dengan mereka). tp sy sgt2 tak sangka, sentuhan sy yang sedikit itu mmberi impk kepada mereka. (senyum)

1.35 petang..selesai waktu tasmik tahun 4. sekali lagi sy ke surau utk meletakkan Al-Quran. sekali lagi sy bertemu dengan 7 orang pelajar lelaki td bersama-sama 5 orang lagi sahabat mereka. sedang bersiap untk solat zuhur berjemaah. saya jenguk ke depan. manatau kot2 ada ustz di situ. tapi, tidak plk sy nmpk ustz sbaliknya hanya mereka sahaja yang ada.

saya : kamu nak solat zuhur ka??
dia 1 : ya ustzh. solat siap2. balik rumah senang.
dia 2 : kami nak dpt pahala byk ustzh. kat sekolah bleh jemaah.
saya : ok..

saya berlalu. smbil membuat kesimpuln mudah di dalam kepala. ya...mereka kelas yang memang terknl dengan kelincahan dan keagresifan. selalu buat saya pening, geram nak meluap2. tapi hari ni saya nampak sesuatu yang saya kira amat menyenangkan. kalo berdasarkan tahap penguasaan kssr, saya boleh memberikan mereka band 6 atau band 5. saya berdoa semoga apa yang saya lihat hari ini berterusan untuk hari-hari seterusnya.

sungguh...saya memang mahu senyum sampai langit. rs bahagia kerana mereka pandai membuat pilihan sendiri. rasa sayu kerana mereka fhm apa yang sy cuba smpaikan. rs terharu kerana mereka tahu apa yang sy harapkan....

ya...saya hanya guru biasa. mengajar dan mendidik sedaya saya. ilmu saya yang setitis air di lautan inilah yang saya kongsi dengan anak-anak murid saya. lantas, apa-apa yang mereka lakukan yang nampak menyenangkan mata dan hati saya, saya amat bersyukur. saya mau mereka jadi lebih hebat dari saya.

ya...saya hanya guru biasa. yang hanya mampu berdoa untuk mereka. seiring ajaran dan didikan saya. semoga saya tidaklah berpaling dari niat saya. semoga saya tetap terus berdiri dalam arena ini.

Amin.