Thursday 17 July 2014

tanpa tajuk E1




29 Disember...dia memilih untuk memungkiri janjinya sendiri. Kisah cinta kami adalah kisah cinta aturan dia. bila dia menghulurkan salam perkenalan ak terima tanpa sebarang rasa, ketika dia mengirim salam cinta aku tetap terima tanpa sebarang bicara. dan bila dia melafaz salam perpisahan aku tetap mahu terima walau hati aku bersalut duka. kalau orang lain mungki menangis meraung-raung tapi aku hanya diam seribu bahasa. otakku gagal berfungsi mengarahkan anggota badanku yang lain melakukan tindakbalas. kad merah hati masih ku tenung. tepat seperti jangkaanku, gadis bernama artis itu tetap mengungguli carta hatinya. setelah bertahun aku kunci serapat-rapatnya hati aku untuk orang lain, akhirnya kad yang dikirim oleh ayahnya kepada keluargaku telah menghancurkan hatiku sehancur-hancurnya. sehingga "mangga" yang ku guna untuk mengunci hati ini tidak perlu dibuka lagi.

Majlis yang bakal berlangsung beberapa bulan lagi, kutandakan dalam kalendar. niat di hati memang aku mahu pergi. memenuhi jemputan walimahnya. membuktikan padanya yang sedikit pun aku tidak kecewa. bukan ego! tapi itulah aku. apabila aku terlalu sedih aku akan pura-pura tidak sedih. apabila aku terlalu sakit, aku mahu buktikan yang aku tidak sakit dan apabila aku kecewa aku mahu buktikan yang aku tidak kecewa.


No comments:

Post a Comment