Wednesday 21 May 2014

tanpa tajuk

...salam...

nak tulis ka tak nak tulis ka tak
hahaha...mang aku ngah tertya2 skrg.
niat dlm ati cam nak tulis ja
tp tkut x siap2.
lg satu tkut xdak idea...
sbbnya dah lama aku x menulis
bakat pon dah terendam hbeh dah....
tp xpala...
utk mlm ni aku cadang nak tulis prelude dulu
prelude la kot
nak kata prolog cm xsesuai
epilog lagi la xsesuai
apa2 ja la ya...
yang penting aku paham...
hahahaha..

.cerpen ni xdak tajuk lg.
.cerita dah siap.
.malu ja nak publish.
.konon2 nak bikin gempak.
.aku petik beberapa dialog kat dalam cerpen tu.
.publish kat cni sbg pemangkin semangat kat aku.

semoga berjaya menulis dengan sopan ya cikyat:)


"MERAH TANDA BERHENTI
DEK KERANA WARNA ITU
AKU BERHENTI MENCINTAI
AMAR FITRI"
~kisah tanpa tajuk~


dhiya,
awak gadis biasa
tapi bila awak senyum
awak buat jantung saya bergetar 
dengan luar biasa
              -fitri-
fitri,
thanks for the great 10 years
                                _dhiya_
diyan,
saya suka awak
awak suka saya tak?
baik awak kata ya,
kalo tak saya patahkan basikal awak.
@irfan
cikgu ni bujang lagi ke?
kalau bujang leh la padankan dengan dr ni.
dr ni pun bujang lagi
:misi aida:
yaya,
kita tak perlu bercinta 10 tahun untuk mengenali dia
jika dia benar jodoh yaya,
sehari pun dah cukup untuk meyakinkan yaya.
[kak zahirah]
dalam ramai-ramai doktor gigi,
doktor gigi mana yang pandai curi hati orang?
*mama*

sedikit sedutan cerita :

" awak tak salah Dhiya, suara Fitri mendatar. Menjawab persoalan aku. 
"habis tu awak yang salah?" aku menyoal sinis. dia diam. "saya tau awak takkan sanggup nak salahkan bakal tunang awak tu kan?" aku menambah. dia terus diam. 

membuang pandang ke arah laut. aku pun begitu. hanya bunyi ombak dan kereta lalu-lalang yang kedengaran. sebenarnya aku sedih. terlalu pedih untuk aku terima kenyataan ini. namun aku cuba berlagak ego. tidak mahu menangis di depan dia. padahal hati aku telah menangis semahu-mahunya. tidak mahu berlama-lamaan. aku bangun.

"awak nak pergi mana dhiya?" dia menyoal. mungkin terkejut apabila aku bangun dengan begitu tergesa-gesa.
"sebelum saya jd pembunuh, lebih saya balik, tp sebelum ambillah balik cincin ni," aku menjawab sambil mengunjuk cincin yang telah lama tersarung di jariku.
"cincin itu milik awak", dia bersuara. 
aku tersengih. "cincin tu bukan lagi milik saya bilik awak pilih dia".
dia menggeleng. "Sheila tak layak untuk cincin tu, awak".
aku ketawa mengejek. sebenarnya cuba menyembunyi gelodak rasa.

"yala, mestilah dia tak layak utk cincin silver 925 ni. saya bukan suruh awak bagi dia. saya nak awak buang cincin ni sama seperti awak buang saya dari hati awak". aku menjawab tegas.

 lalu cincin itu aku letak di atas pasir. langkah ku hayun ke kereta. tanpa berpaling lagi. aku biarkan dia termangu di situ. enjin kereta ku hidupkan. seraya itu, aku menangis semahu-mahunya.....



~disclaimer~
kisah yaya BUKAN kisah aku! walaupun aku teringin sangat nak jadi heroin. tapi harus aku akui, latar tempat bagi kisah ini memang berkaitan dengan aku. Watak-watak ini tidak wujud. hanya wujud dalam imaginasi aku. bersandarkan suasana kehidupan, latar tempat di sekitar aku dan watak-watak yang aku wujudkan ini, lalu aku cantum-cantum menjadi sebuah kisah biasa...

sekian, 
wassalam

2 comments:

  1. cik.. nnt dah siap try hntar draf kat JS.. bakat dah ada.. pastikan novel bersahsiah..

    ReplyDelete
  2. huhuhu....xtau lg cm mn. tulis suka2 ja....hehehe. mau ka k.su terima???

    ReplyDelete