Sunday 18 May 2014

n3 sempena hari guru

salam

guru..
seringkali dikaitkan dengan jasanya sebatang lilin.
namun bagi aku....

guru umpama air
yang berani terjun
meskipun di bawahnya banyak halangan

guru umpama air
yang tetap mengalir
di sebalik batu-batu cabaran

guru umpama air
yang tetap nampak tenang
meskipun di bawahnya ada gelora

guru umpama air
walaupun sejuk mencengkam
tetap ada putihnya salji

guru umpama air
meskipun kedatangan kadangkala tidak diingini
namun tetap membawa berjuta kebahagian kepada diri

~itulah guru~

wassalam



No comments:

Post a Comment